♥ I lOvE IsLaM ♥

Sunday, March 13, 2011

♥ Pengalaman yang Bermakna ♥

Assalamualaikum...Ahlan wa sahlan

 Sungguh agak lama saya tidak post entry disini....
Yela..setiap hari padat dengan jadual kehidupan/rutin harian...
Hujung minggu pula dihabiskan masa dengan kokurikulum iaitu Bakti Siswa(Baksis)
Hari ahad kali ini je la ada sedikit masa yang lapang...
Enrty kali ini berkonsepkan pengisian rohani..
Jom sama-sama kita membacanya (^^,)

Antara program yang saya sertai sebelum ini::
~KEM INSPIRASI PUTRA~
Bertemakan Inspirasi Iman Cerminan Diri..
Tarikh:4-6 Mac 2011
Tempat:Kem Bina Taqwa di Dengkil Selangor
Anjuran:Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUPM)

Antara perisiannya adalah:
-Pertama: Konsep Amal Jamaie termasuklah kepentingan,tuntutan,ciri-ciri dan juga manhaj apa sebenar amal Jamaie itu..Apa yang dimaksudkan dengan Amal Jamaie itu??Amal Jamaie seperti gerak kerja berkumpulan terutamanya dalam penyebaran dakwah.Bila dilakukan secara berkumpulan, musuh akan takut untuk menewaskan kita tetapi bila dilakukan secara berseorangan,usaha ini dengan senang akan dapat dilenyapkan oleh musuh.Antara kepentingan Amal Jamaie ini ialah ia akan meringankan beban dan penderitaan serta akan menyuburkan kekuatan hati iaitu keimanan kepada Allah.Ia juga akan membuatkan musuh gentar dengan orang yang bekerja secara berkumpulan ini.Selain itu, gerak kerja juga akan lebih terancang dan juga ia akan dapat lebih mengukuhkan ikatan persaudaraan kita sesama umat Islam..
-Kedua: Satu Negara Satu Ummah
Ia menekankan tentang konsep Tasawur Islam & Kelebihan Islam. itu..Antara keistimewaan Islam itu,ia terbahagi kepada 6 konsep iaitu Rabbaniah,Syumuliah,Inqilabiyah,Sabatmurunnah, Alamiah dan juga Waqiah..(maaf la jika ayat dalam bahasa melayu ini agak salah ejaannya ). Setiap konsep itu mempunyai maksud yang tersendiri jika kita benar-benar memahami dan menghayati konsep ini dan tiada bandingannya dengan agama lain.Islam ini memang sangat indah.
-Ketiga:Peranan Mahasiswa Sebagai Pendakwah oleh Ustz Zahiruddin bin ZabidiBeliau menerangkan konsep apa dia peranan masa kini oleh mahasiswa..Kita sebagai mahasiswa juga mempunyai peranan tersendiri terutama untuk menegakkan kebenaran. Beliau juga menjelaskan antara faktor-faktor kebangkitan seseorang itu terhalang. Terdapat 5 faktor yang disebut.Pertama, ia disebabkan kedangkalan dalam memahami Islam dan juga Syariatnya.Kedua, kita tidak mengetahui kebenaran dan juga tidak mahu menerima pendapat pihak lain. Ketiga: Sentiasa sibuk dengan masalah-masalah sampingan dan mengabaikan perkara pokok seperti contoh mengambil ringan terhadap masalah-masalah ringan dan tidak kesepaduan dalam kehidupan. Keempat, berdialog atau berdebat dengan cara yang agak kasar. Kelima, cenderung mempersulitkan kebenaran..Maksudnya disini kebenran yang sudah jelas-jelas kita tau kita sentiasa mencari jalan untuk memikirkan lagi dan juga akan menjadikan permasalah yang mudah itu akan menjadi lebih sulit.

Sebenarnya banyak lagi pengisian yang telah saya perolehi sepanjang berda di kem tersebut.Memang tidak sia-sia lah pergi.Saya juga sedikit sebanyak telah sedar tentang peranan kita sebagai khalifah di dunia ini. Selain itu juga, kem ini lebih banyak mematangkan saya menjadi seorang yang lebih matang dalam segala membuat keputusan dan tindakan.
Antara yang membuatkan saya teringat-ingat adalah lagu tema yang kami perlu nyanyikan sepanjang program itu berlangsung iaitu lagu Bingkai Kehidupan..
Antara liriknya adalah seperti berikut...Nak dengar lagunya boleh search dekat You Tube Bingkai Kehidupan Shoutul Harokah...Jom hayatinya(best tau)

Mengharungi samudra kehidupan
Kita Ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ALLAH 
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allah ghayatuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihadu sabilluna
Al-Mautu fi sabilillah asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah telada kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi

Antara gambar-gambar yang sempat diambil


Kem Bina Taqwa. Disini la tempat di mana banyak ilmu yang telah saya perolehi


Rakan-rakan muslimah termasuklah fesi yang menjaga kami..Thanks :) 


p/s::mudah-mudahan Allah berkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat..Aminn

Program kedua yang saya terlibat
~PENILAIAN BAKTI SISWA~

Tarikh:12 Mac 2011
Tempat:Kompleks Akademik UPM

Okey disini saya akan olah sedikit sebanyak tentang program ini.. Program yang kami mesti jalankan bertemakan Hari Kemerdekaan...Kami perlu menjalankan satu majlis Hari Kemerdekaan peringkat kolej. Konsep Amal Jamaie seperti yang saya terangkan di atas itu sangat penting kerana dengan kesepaduan dan kesepakatan semua ahli-ahli kumpulan kami majlis ini akan dapat berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kecacatan dalam majlis tersebut...Biasalah kami bukannya ada pengalaman sangat dalam menjayakan majlis-majlis rasmi seperti ini...Tapi kami sangat bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar...Aminn..Terima kasih ALLAH dan terima kasih juga rakan-rakan....

Antara orang-orang penting dalam menjayakan majlis ini

Pasukan koir yang menyayikan lagu patriotik

Bersama fesi Baksis kami iaitu Pn.Nurul Farhana bt Abdullah (bertudung hijau dihadapan)

Sampai sini sahajalah entry saya..Diharapkan kalian yang membaca mendapat sedikit maklumat sedikit sebanyak daripada pengalaman yang telah saya perolehi ini..Terima kasih daun keladi,,lain kali leh baca lagi yea :)
Salam sayang untuk semua

Hak Cipta Terpelihara


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger