♥ I lOvE IsLaM ♥

Sunday, March 13, 2011

♥ Pengalaman yang Bermakna ♥

Assalamualaikum...Ahlan wa sahlan

 Sungguh agak lama saya tidak post entry disini....
Yela..setiap hari padat dengan jadual kehidupan/rutin harian...
Hujung minggu pula dihabiskan masa dengan kokurikulum iaitu Bakti Siswa(Baksis)
Hari ahad kali ini je la ada sedikit masa yang lapang...
Enrty kali ini berkonsepkan pengisian rohani..
Jom sama-sama kita membacanya (^^,)

Antara program yang saya sertai sebelum ini::
~KEM INSPIRASI PUTRA~
Bertemakan Inspirasi Iman Cerminan Diri..
Tarikh:4-6 Mac 2011
Tempat:Kem Bina Taqwa di Dengkil Selangor
Anjuran:Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUPM)

Antara perisiannya adalah:
-Pertama: Konsep Amal Jamaie termasuklah kepentingan,tuntutan,ciri-ciri dan juga manhaj apa sebenar amal Jamaie itu..Apa yang dimaksudkan dengan Amal Jamaie itu??Amal Jamaie seperti gerak kerja berkumpulan terutamanya dalam penyebaran dakwah.Bila dilakukan secara berkumpulan, musuh akan takut untuk menewaskan kita tetapi bila dilakukan secara berseorangan,usaha ini dengan senang akan dapat dilenyapkan oleh musuh.Antara kepentingan Amal Jamaie ini ialah ia akan meringankan beban dan penderitaan serta akan menyuburkan kekuatan hati iaitu keimanan kepada Allah.Ia juga akan membuatkan musuh gentar dengan orang yang bekerja secara berkumpulan ini.Selain itu, gerak kerja juga akan lebih terancang dan juga ia akan dapat lebih mengukuhkan ikatan persaudaraan kita sesama umat Islam..
-Kedua: Satu Negara Satu Ummah
Ia menekankan tentang konsep Tasawur Islam & Kelebihan Islam. itu..Antara keistimewaan Islam itu,ia terbahagi kepada 6 konsep iaitu Rabbaniah,Syumuliah,Inqilabiyah,Sabatmurunnah, Alamiah dan juga Waqiah..(maaf la jika ayat dalam bahasa melayu ini agak salah ejaannya ). Setiap konsep itu mempunyai maksud yang tersendiri jika kita benar-benar memahami dan menghayati konsep ini dan tiada bandingannya dengan agama lain.Islam ini memang sangat indah.
-Ketiga:Peranan Mahasiswa Sebagai Pendakwah oleh Ustz Zahiruddin bin ZabidiBeliau menerangkan konsep apa dia peranan masa kini oleh mahasiswa..Kita sebagai mahasiswa juga mempunyai peranan tersendiri terutama untuk menegakkan kebenaran. Beliau juga menjelaskan antara faktor-faktor kebangkitan seseorang itu terhalang. Terdapat 5 faktor yang disebut.Pertama, ia disebabkan kedangkalan dalam memahami Islam dan juga Syariatnya.Kedua, kita tidak mengetahui kebenaran dan juga tidak mahu menerima pendapat pihak lain. Ketiga: Sentiasa sibuk dengan masalah-masalah sampingan dan mengabaikan perkara pokok seperti contoh mengambil ringan terhadap masalah-masalah ringan dan tidak kesepaduan dalam kehidupan. Keempat, berdialog atau berdebat dengan cara yang agak kasar. Kelima, cenderung mempersulitkan kebenaran..Maksudnya disini kebenran yang sudah jelas-jelas kita tau kita sentiasa mencari jalan untuk memikirkan lagi dan juga akan menjadikan permasalah yang mudah itu akan menjadi lebih sulit.

Sebenarnya banyak lagi pengisian yang telah saya perolehi sepanjang berda di kem tersebut.Memang tidak sia-sia lah pergi.Saya juga sedikit sebanyak telah sedar tentang peranan kita sebagai khalifah di dunia ini. Selain itu juga, kem ini lebih banyak mematangkan saya menjadi seorang yang lebih matang dalam segala membuat keputusan dan tindakan.
Antara yang membuatkan saya teringat-ingat adalah lagu tema yang kami perlu nyanyikan sepanjang program itu berlangsung iaitu lagu Bingkai Kehidupan..
Antara liriknya adalah seperti berikut...Nak dengar lagunya boleh search dekat You Tube Bingkai Kehidupan Shoutul Harokah...Jom hayatinya(best tau)

Mengharungi samudra kehidupan
Kita Ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ALLAH 
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allah ghayatuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihadu sabilluna
Al-Mautu fi sabilillah asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah telada kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi

Antara gambar-gambar yang sempat diambil


Kem Bina Taqwa. Disini la tempat di mana banyak ilmu yang telah saya perolehi


Rakan-rakan muslimah termasuklah fesi yang menjaga kami..Thanks :) 


p/s::mudah-mudahan Allah berkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat..Aminn

Program kedua yang saya terlibat
~PENILAIAN BAKTI SISWA~

Tarikh:12 Mac 2011
Tempat:Kompleks Akademik UPM

Okey disini saya akan olah sedikit sebanyak tentang program ini.. Program yang kami mesti jalankan bertemakan Hari Kemerdekaan...Kami perlu menjalankan satu majlis Hari Kemerdekaan peringkat kolej. Konsep Amal Jamaie seperti yang saya terangkan di atas itu sangat penting kerana dengan kesepaduan dan kesepakatan semua ahli-ahli kumpulan kami majlis ini akan dapat berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kecacatan dalam majlis tersebut...Biasalah kami bukannya ada pengalaman sangat dalam menjayakan majlis-majlis rasmi seperti ini...Tapi kami sangat bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar...Aminn..Terima kasih ALLAH dan terima kasih juga rakan-rakan....

Antara orang-orang penting dalam menjayakan majlis ini

Pasukan koir yang menyayikan lagu patriotik

Bersama fesi Baksis kami iaitu Pn.Nurul Farhana bt Abdullah (bertudung hijau dihadapan)

Sampai sini sahajalah entry saya..Diharapkan kalian yang membaca mendapat sedikit maklumat sedikit sebanyak daripada pengalaman yang telah saya perolehi ini..Terima kasih daun keladi,,lain kali leh baca lagi yea :)
Salam sayang untuk semua

Hak Cipta Terpelihara


Saturday, February 19, 2011

♥ Pink + Hitam + Putih ♥

....................Mood::mengedit blog....................

Hasilnya seperti yang tertera....haha..
Tak de la cantik sngt pown tapi tu semua gabungan kesemua warna kegemaran sye (;
Yela cuti hujung minggu camni xde la sibuk sangat jd mengedit2 la blog ni sikit kasi nampak lebih menarik
Nanti sye akan rajin untuk pos entry disini,,walaupun tak de orang nak baca pown...
Sye tak kisah sebab ni semua hanya luahan perasaan dan coretan hati saya jerr....

.......................................Mood::nak pulang rumah.............................

Tadi ibu ada telefon antara soalannya tanya bila nak balik...
Katanya abah yang tanya,,padahal ibu sye yang rindu gak tu...hihi..
Sye pown rindu sama mereka...Uhh...
Padahal baru 2 minggu balik kat sini da rindu kan...hee...pelik jugak...
Biasalah d'orang rindu keletah sye yang rajin lagi baik ati ni kowt...kihkih
(biarla nak perasan kejap)hee~
Yela kalau boleh nak jer balik tiap-tiap minggu..TAPI hari sabtu pula ada kokurikulum,,terpaksa bersabar..
Sem ni jer pown last de kokurikulum tu...

Tak de pe da nak cerita...
Yang paasti saya amat menyayangi mereka

♥ Ibu dan abahku ♥


Pic semasa konvo saya 1 Disember 2010..Ibu dan abah sungguh bergaya...hee~

Hak Cipta terpelihara :)


Tuesday, February 15, 2011

♥ Say NO to Valentine Day &YES to Maulidur Rasul !! ♥







Why Say No to Valentine Day ???


Terdapat larangan daripada baginda s.a.w untuk meniru budaya bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.

"Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut"
(Riwayat Tirmidzi)

Sejarah Sambutan Valentine:: 

  1. Pendapat pertama: ia dikaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
  2. Pendapat kedua: mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
  3. Pendapat ketiga: Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
  4. Pendapat keempat: Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum Sambut Valentine::


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Valentine??Benarkah ia hanya kasih sayang??

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari (disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebahagian besar orang Islam juga turut dipamerkan dengan iklan-iklan Valentine Day. Tapi bagi umat Islam,,dengan menyambut Hari Valentine ini bukan la satu cara yang baik untuk berkasih sayang..Kerana ia telah bercanggah dengan saranan agama dan juga gejala-gejala yang tidak baik juga berkemungkinan boleh berlaku disebabkan keghairahan menyambut sambutan ini...

Hal-hal yang perlu diberi perhatian::

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.

1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“
Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman 
Allah s.w.t.:“
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.






Say YES to Maulidur Rasul...

Dalil-dalil mengenai Peringatan Maulid Nabi::
Peringatan Maulid Nabi masuk dalam anjuran hadith nabi untuk membuat sesuatu yang baru yang baik dan tidak menyalahi syariat Islam. Rasulullah sallahu`alaihi wasallam bersabda

Maksudnya::

"Barangsiapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun"

Ikut Sunnah tanda cintakan Rasulullah

Terap cara hidup Baginda sepanjang masa bukan ketika sambut Maulud

Mengapakah kita perlu mencintai Nabi Muhammad SAW? Bagaimana caranya kita menzahirkan kecintaan terhadap Nabi SAW? Cukupkah dengan hanya meraikannya dengan Maulidur Rasul dan berselawat kepadanya? Nabi SAW pernah mengatakan yang bermaksud:
Demi nyawaku di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, emak dan semua makhluk yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari).


Jelaslah melalui kenyataan Nabi SAW itu bahawa kita sebagai umatnya mesti meletakkan kecintaan terhadapnya di puncak rasa cinta. Tetapi tercapaikah kita berbuat demikian? Mampu atau tidak, kita sebagai mukmin seharusnya berusaha menanamkan rasa kasih terhadap baginda dan sebagai manifestasi penzahiran cinta terhadap Nabi itu, maka segala sunnah dan panduan hidup yang telah dipertunjukkannya perlulah kita ikut dan teladani sedaya termampu.

Dalam sebuah pernyataan yang lain, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya. Kedua, menyintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 



Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin  ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sambutan Maulidur Rasul kolej kami pagi tadi yea :)

Hehe..Dapat tunjuk 1 pic jer sambutan Maulidur Rasul kat kolej sye pagi tadi disebabkan masalah kamera yang tiba-tiba kehabisan bateri la pulak...Adohaii...Tema untuk blok kami iaitu blok Merpati yang ala-ala princess gitu (sebab tema kami warna pink)...kihkih...Perarakan bermula pada jam 8.30 pagi berarak sekeliling kolej kami jer kemudian disambung dengan tayangan video kisah nabi dan kemudian ceramah khas tentang Maulid Nabi ini..Penceramah tu sangat best dan menarik tau..tak tipu (sebab beliau tu agak lawak)..hihi..Tak kering gusi dibuatnya...Beliau banyak memberi nasihat dan kata-kata hikmah terutama pada pasangan yang bercinta..Auchh..Terasa sehh...hahaha...dan Sambutan Maulidur Rasul ini habis tepat jam 12.30,,kami pun pergi beli makanan dekat 'foodcourt' dan selepas solat Zohor sye trus buat pasal entry ni sblum maklumat bermakna ini hilang begitu shaja...Padahal esok ada 2 test tak habis study lagi ni..hihi


Diharapkan segala maklumat yang diberi di atas dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita semua..Perkara yang baik perlu la diikuti,,dan perkara yang tidak baik itu haruslah dijauhi...Salam sayang Maulidur Rasul dari saya untuk semua ♥...

Sumber-sumber rujukan::
En. Mohd YaakubEn. Raden, En. Wikipedia :)
(Thanks yea semua kasi semua maklumat ni pada sye)

Hak Cipta t'pelihara :)





Friday, February 11, 2011

♥ Si Chomel Pengubat Jantungku ♥

Hee...Seperti yang dijanjikan...Di sini nak tulis entry terbaru sal si buah ati pengubat jantungku yang terbaru....hihi...
Ciri-cirinya adalah seperti berikut ::
♥ Mata bulat
♥ Berbulu
♥ Kecil chumil jer
♥ Berbelang-belang
.
..
......
.................
..............................
.................................................
.............................................................................
.................................................
.................................
.................
......
...
.
iaitu Taro namanya


tu dia...chumil kan??hee~


Taro ni suka sangat nak keluar...ermmm


Buat muka chumil nak kuar (^^,)



Akhirnya kalau tak dapat kuar Taro ni gigit2 besi tuh...
(bajet gigi awk tu kuat sgt ker??)kihkih~

pIc2 seperti di atas tu si jantan Taro...Fresh tu,,baru jer amik tadi,,pastu terus wat entry nih...

Itu juga merangkumi roomate terbaru sye...hihi~

Syuhh rahsia tau nnti pihak pengurusan kolej tau pulak...Habisla kne tangkap bwk si Taro ni msukkan kat zoo la pulak..kuikui
Sebenarnya itu abang sye pyer... (Seperti yang digambar sebelah)
Dlu dye bela dlm sebulan lebih jer kat umah dye kat Putrajaya.. Pastu dy tak larat nak bela dah kowt bzy ngn kerja,, ngn sambung blaja lg..ermm.. pastu isteri dye pown xbpe suka sgt jd abg bawak la balik kat umh kami kat kL tu...Abg dapat nih pown sbb ada orang kasi abg hadiah befday dy baru2 ni 6 Jan lepas..Yela orang tau abg ni suka bela2 haiwan2 peliharaan camtu...Antaranya yg abg bela arnab la,,ikan lumba2 la,,hamster la n pe2 jela yg sama waktu dengannya...Bukan sekor jer tiap2 spesis tu,,tapi mesti plng kurang sepasang...Umah dy da cam zoo kowt..haha....Ibu tak suka sangat bela2 benda alah nih..katanya ucyuk...Ibu cakap kalau ibu yang bela,, ibu letak kat bilik mandi jer..Cian la si Taro ni kesejukan kn??So, ibu suh sye bwk g kolej... 
So,,terpaksala bawak...
Waktu bawak si chumil ni ada 2 ekor tau...Sepasang jantan betina...Soo cute...
TAPI...tepat jam 12 a.m 9 Februari lepas lepas study tgok2 la d'orng berdua nih...pastu bila usik yang si betina ni da mati la pulak,,Tapi sebelum study tu tgok2 & sempat lg main2 ngn d'orng tu masih hidup lg jer...Huu...sangat sedy laa...Tapi nak wat cmne da mati...Mybe salah sye gak,,suka kasi mkn bukan2..kihkih...Abg tau ni mesti dy marah...Tapi nasibla spe suh jgekn..haha...Pic yang si betina tu tak de la pulak...tak sempat nak amik pic dy lg pastu da mati dulu...Sifatnya cam si Taro tu gak cuma warna dy agak putih2 sikit camtu...Tak de la belang2 cam Taro tu yer...


Tiba-tiba teringat dulu akak ina ada gak beli hamster gak...Ada lagi simpan pic dy...

Ni diaa....


Sepasang jantan betina..(tapi 2-2 ni da lama mati)


Yang baring terlentang tu si betina,,yg agak cokelat tu jantan...Dulu pown si betina mati terlebih dahulu dari si jantan tu.. Nape yer agak-agaknya??ermmm
Nanti la sye nk wat kajian tentangnya...hihi..& sape2 kalau tau tu leh la share2 information...Sye amat2 hargainya :)

K la tu je la nak cerita..da agak panjang lebar lak entry sal si chumil ni...mMuahx si chumil!!hee~

Hak cipta terpelihara :)
Powered By Blogger