♥ I lOvE IsLaM ♥

Monday, December 28, 2009

KATA-KATA UNTUK INSAN YANG BERGELAR WANITA


Kebahagiaan akan datang tanpa diundang
Datangnya dengan seribu pengharapan
Perginya denga  seribu kepayahan
Tidak perlu jadikan perpisahan itu satu kekesalan
Kerana terjadinya perpisahan itu tidak pernah diimpikan

Oleh seorang wanita yang bergelar isteri
Oleh seorang wanita yang bergelar ibu
Tidak ada perempuan yang tidak mahukan kebahagiaan
Tidak ada isteri yang mahu diceraikan
Tidak ada ibu dan anak yang rela berjauhan

Namun siapa yang dapat melawan takdir
Andainya takdir dapat disingkirkan
Andainya qadak dan qadar dapat dicicir
Pastinya perpisahan dan derita ini tidak akan menjadi milikku






No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger