Semua orang ingin berjaya. Tahukah apa ciri-ciri orang pejaya? Ingin ku kongsi bersama tentang ciri-ciri orang yang ingin berjaya atau orang pejaya berdasarkan Teori Mc Clelland. Hasil kajian beliau mendapati orang-orang pejaya ialah:
1-Individu itu sengaja mencari tugas-tugas yang banyak memberi cabaran.
2-Mereka mahu supaya diberi tanggungjawab yang menghendaki mereka membuat pelbagai keputusan.
3-Mereka mahu tugas-tugas yang mereka lakukan diberi penilaian demi mecapai kejayaan.
4-Mereka akan melakukan tugas-tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas-tugas itu penuh dengan tanggungjawab, mengandungi kepelbagaian, diberi menilaian, dan mereka diberi kebebasan. Sebaliknya, orang yang bukan pejaya tidak menunjukkan hasil baik apabila mereka diberi tugas yang mempunyai ciri-ciri seperti seperti itu.
5-Individu pejaya cenderong untuk menjadi usahawan.
6-Mereka memiliki dorongan yang kuat untuk memajukan diri dengan daya usaha sendiri.
Antara perangai menonjol personaliti pejaya ialah mereka berminat bercakap dan mendengar perbincangan yang mengandungi topik-topik tertentu sahaja, seperti topik yang menggambarkan kemajuan kepada status mereka.
Kita semua berpeluang untuk menjadi orang yang berjaya. Marilah kita berusaha, berlatih dan berdoa untuk menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.
Kita semua berpeluang untuk menjadi orang yang berjaya. Marilah kita berusaha, berlatih dan berdoa untuk menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.
Amin..





No comments:
Post a Comment